Tuesday 1 April 2014

Hasil 13 WS VS Raja Ara


1/4/2014 HASIL PERTAMA DARI PEMBAKA INI 



Alhamdulilah bln march 2014 netas 5eko dr pambaka ni, 3 jantan 2 betina. Dalam simpanan saya hanya ada sekor jantan dan 2 betina kerana sekor telah berhijrah ke kelantan dan sekor lagi dalam simpanan zaili harun.



belah kiri dh ke kelantan

Belah kanan dalam simpanan saya

salah seko dr dua eko betina



Wednesday 12 March 2014

Iron Spotted

Assalam. Lama tak updated brg d reban. Bon semakin byk tapi ayam byk tak siap.IronSpotted  adalah hasil breed dr induk SG matyus KL dgn bapak dr reban zaili harun. skunk dh siap muda tapi tak betul2 tarik lagi. Agak lambat nk tunggu ayam ni btl2 siap. 
pic induk n bapak




Friday 31 January 2014

13 WAN SABRI VS RAJA ARA

WAN SABRI VS RAJA ARA
Assalamualikum, cubaan unk breeding yg pertama pembaka baru. Jantan dari seramaawangselamat bahar yg merupakan legasi bapak merah wan sabri. Dan induk pula dari keyrail nizam yg merupakan legasi Raja Ara. 
Dengan suasana rumah baru insyallah kita cube yg terbaik semoga dapat menjadi identiti reban saya. Hidup tanpa identiti tiada jalan penyudah. unk Menghasilkan askar2 yg mampu menawan medan perang perlulah bersabar kerana tiada jalan singkat kecuali dana yg besar.





Thursday 30 January 2014

Anak Reban Sulong (Bare Pawoh)

Hasil Usaha sama antara saya dgn Zaili Harun. Induk saya yg asal dari Mat Yus SG + Bapak ni di rumah Zaili Harun. Asal nya bapak dari Din Isa Kg Cina KB. Menghasil kan 3 eko anak, 2jantan 1 betina.

No 1 masa anakA
No 1 masa remaja

No 2 masa anak A

No 2 Masa Remaja.Jenis lambat tarik tapi bila mengjengah masa dalam serkup mmg lagi lawa dr No1 di atas. takpe kita simpan 

N0 3 betina masa anak A, kami beri pada Din Isa sebab bapak tu asal dr rumah nya. hehehehehe nnti besar kita balas balik 

Sekadar berkongsi kegembiraan bila hasil reban kita nampak bole tahan. hehehehehe bilur lain kira asal comel di mata kita.


Wednesday 29 January 2014

Koleksi Induk2 Di Reban Shah Alam



Induk ni dari reban Serama Awang Selamat (Bahar), Induk ni anak kepada bapok nisan hangus yg 
bernama mangkabumi (wan sabri). Baik hati nya dia sedekah skali ngan anak induk ni+bapak merah pada saya. 



Induk kesayangan saya, Induk ni saya beli masa anak Tina C dr reban Mat Yus SG di reban keramat. Alhamdulilah nilaian masa sy beli tidak lah semahal sekarang.


Ini pula Induk saya beli dari reban ahli SAG sendiri iaitu Keyrail Nizam. Memiliki deretan induk2 idaman malaya yg rasanya kalau pergi sekali akan rasa rindu nk pergi lagi. Induk dua eko ni adik beradik setelor yg berdarah Raja Ara. Ciri2 yg saya cari ada pada kedua induk2 ni. Salah seko dh selamat terbang ke kelantan unk breeding. 

Tuesday 28 January 2014

Pembaka 2 (IRON Z)

Bercakap mengenai pembaka, saya tak byk pembaka di rumah setakat ini. Di reban shah alam hanya beberapa eko dan di kg saya di kota bharu ada la sikit2. Detail pembaka saya seperti di bawah dan ini akan menjadi teras reban saya insyallah

 Semasa ayam ni remaja mula2 saya ambil
Baru nak masuk muda 24.1.14

Iron Z, saya berikan nama. Ayam ni saya beli semasa remaja dari Meng KB yg asalnya meng borong dari reban Wan Sabri. Semasa ambil ayam ni niat saya hanya lah untuk dijadikan pembaka sebab dia ayam B dan belunjur jek masa saya ambik,

Ku sangka belunjur sampai ke sudah, Alhamdulilah ayam ni dh siap muda dan nampak sedikit perkembangan yg sgt baik untuk di jadikan ayam game dan pembaka, Cume ayam jenis ni lambat insyallah masuk kategori baru bole bayar zakat di bon, Sementara mengunggu dia lock saya dh menurunkn benih secara tenggek sahaja dan insyallah dalam 10.2.14 menetas.


Pembaka 1

Bercakap mengenai pembaka, saya tak byk pembaka di rumah setakat ini. Di reban shah alam hanya beberapa eko dan di kg saya di kota bharu ada la sikit2. Detail pembaka saya seperti di bawah dan ini akan menjadi teras reban saya insyallah.




Bapok meroh ni asal dari reban Serama awang selamat (bahar), yg dia ambik direct dr reban Wan Sabri semasa remaja. Selepas sekian lama di jadikan pembaka oleh abg bahar, 27.1.2014 ia berpindah ke reban saya alhamdulilah. Sekali pandang mungkin org tak berkenan kerana ayam ni nampak rendah n balong agak besar. Tapi bagi saya as a breeder, ada ciri2 yg sy suka tentang ayam ni.